Selamat Datang ke UNIMAS!!
Assalammualaikum semua..
Baru-baru ni keputusan UPU baru je keluar. Ada yang dapat sambung belajar ada yang belum ada rezeki untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading lagi. Untuk yang dah berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti aku ucapkan tahniah dan kepada yang tak berjaya jangan putus asa lagi ye..mungkin belum ada rezeki. Mungkin ada rezeki yang lebih baik untuk korang kat luar sana.
Okay berdasarkan tajuk entri hari ni, aku nak ucapkan selamat datang kepada korang yang baru melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaysia Sarawak atau nama glamournya UNIMAS..haa tepuk!
Memandangkan korang baru masuk UNIMAS, banyak benda yang korang kena tahu pasal universiti yang korang belajar ni. Kalau nak tahu pasal UNIMAS ni, korang kena rajin la baca Wikipedia..hihihi
Jadi, apa yang menarik kat UNIMAS ni?
1. Minggu Aluan Pelajar (MAP)
Okay, setiap bakal mahasiswa dan mahasiswi akan melalui satu minggu orientasi. Tapi dekat UNIMAS ni minggu orientasi ni dipanggil Minggu Aluan Pelajar (MAP). Jadi, apa yang best masa minggu orientasi ni?
Masa minggu ni la kita akan kenal ramai kawan. Daripada tak kenal boleh jadi member. Masa ni jugakla banyak benda yang kita boleh belajar terutamanya kerja berpasukan..paling penting dapat mengeratkan silaturahim sesama manusia. Walaupun nanti kita rasa penat gila dan tak cukup tidur. Tapi bila dah habis minggu orientasi ni mesti korang akan rindukan segala memori masa MAP ni. Percayalah..
Kalau nak cerita pasal pengalaman MAP ni nanti la aku cerita kat post lain ok.
2. Jambatan Cinta UNIMAS
Jambatan Cinta...dengar nama pun dah tau kan tempat ni jadi port apa?
Yes...betul..jambatan ni la antara port budak2 UNIMAS nak dating..sesuai sangat la dengan nama jambatan ni.
Apa yang menarik kat jambatan ni adalah pemandangan dia. Untuk pengetahuan korang, jambatan ni terletak kat Tasik Cinta. Kat tasik tu pulak korang boleh buat aktiviti berkayak. Best kan. Tapi aku sendiri tak pernah try lagi la..hehe..
![]() |
Jambatan Cinta UNIMAS |
![]() |
Ni pemandangan Jambatan Cinta dari Kolej Cempaka |
Kalau lalu kat jambatan ni mesti tak sah kalau tak selfie atau suruh kawan ambik gambar.
Bukan pemandangan je yang best... jambatan ni jugak jadi jalan perhubungan untuk pelajar dari Kolej Cempaka, Bunga Raya dan Tun Ahmad Zaidi untuk ke Pavilion. Mesti korang tak tahu kan kat sini ada Pavilion. Kejap lagi aku cerita kat korang.
3. Student Pavilion
Okay. tadi aku janji nak cerita pasal Pavilion ni kan.. Pavilion ni untuk pengetahuan korang, bukanlah macam Pavilion yang korang tahu kat KL tu. Pavilion ni nama dia Student Pavilion, yang mana kat sini lebih kepada pusat sehenti para pelajar la..Kat sini jugakla jual bermacam2 jenis makanan yang korang boleh pilih selain makan makanan kat Cafe kolej masing2..Boring jugak kalau hari2 asyik makan kat Cafe kolej. Selain daripada menjual makanan, kat Pavilion ni jugak terdapat kedai serbaneka macam 7 Eleven..kedai yang menjual stationery pun ada tau. .Printing service juga disediakan. Jadi senang la kalau korang nak pergi beli barang. Tak payah susah2 keluar UNIMAS. Dan baru2 ni jugak, perkhidmatan dobi dah disediakan kat Pavilion ni. Senang la nak cuci baju pasni..tak payah naik Grab cuci kat luar UNIMAS.
Lupa pulak nak bagitau..kat Pavi (nama glamour) ni la ada pejabat MPPU (Majlis Perwakilan Pelajar UNIMAS) in case korang nak buat aduan pasal apa2 yang korang tak puas hati.
Takde pulak aku ambik gambar Pavi ni. Nanti korang tengokla sendiri ye.
4. Fasiliti-fasiliti di UNIMAS
Oh ye.. lupa aku nak bagitau..kat UNIMAS ni ada Kampus Timur dan Kampus Barat..Kampus Timur ni untuk budak2 Asasi. Kampus Barat ni pulak untuk budak2 yang ambik Ijazah dan keatas kalau tak silap aku la. Aku tak familiar sangat dengan Kampus Timur sebab aku study kat Kampus Barat . So, aku cerita apa fasiliti-fasiliti yang aku tau jela ye.
Antara fasiliti-fasiliti yang best kat UNIMAS ni adalah...
Kolam renang!
Yeay! ada kolam renang...bestnya!!
Tapi aku tak pernah pergi tengok lagila kolam renang tu.. macam biasa...
Walaupun dah nak masuk Tahun kedua aku kat UNIMAS ni..kesian kan. Nanti korang rajin2 la explore UNIMAS ni..sebab banyak benda dapat kita explore. UNIMAS ni besar tau!
Selain kolam renang, kat sini jugak ada Stadium.
Untuk yang minat bersukan memang seronokla pergi Stadium sebab stadium kat UNIMAS ni memang luas dan besar. Serius tak tipu! Selalunya stadium ni digunakan untuk mengadakan pertandingan2 sukan interblok atau interkolej la. Kalau nak pergi beriadah petang2 kat stadium ni pun boleh. Aku baru dua kali je pergi stadium ni..hahaha. Nampak sangat takde semangat kesukanan disitu.
![]() |
Pemandangan di Stadium |
Ni pemandangan kat stadium yang aku sempat snap. Masa kitorang pergi ni dh petang so gelap sikit la langit time tu.
![]() |
sempat snap selfie |
Next..
Fakulti-fakulti
Mesti korang tanya, fakulti pun best ke??
Bagi aku, apa yang best kat fakulti2 kat sini adalah design dia..especially Kampus Barat ni..design dia moden gitu. Nama pun Barat kan..
![]() |
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) |
Ni salah satu contoh fakulti ni la. Aku ambik contoh fakulti aku je senang sebab takde snap gambar fakulti lain. Kalau korang nak tengok gambar fakulti lain kat blog2 lain ada jugak rasanya. Kepada adik2 yang dapat FSSK ni, Welcome to FSSK!
Apa lagi yang ada?
Padang golf!
Ya, kat dalam UNIMAS ni ada padang golf! Tapi aku tak tau sangat la pasal padang golf ni.. Yang pasti dengan adanya padang golf ni maka bertambah cantik la pemandangan kat UNIMAS ni.
Kemudahan lain
Kemudahan2 lain macam klinik, pengangkutan bas pun ada disediakan tau. Yang pasti kalau naik bas UNIMAS takde bayar apa2 pun. FREE OF CHARGE. And kalau korang naik bas hijau tu (CityLink ke apa nama dia) cuma perlu bayar RM1 je. Pelajar Kolej Rafflesia selalu guna bas hijau ni untuk ulang alik ke kelas. And kalau korang rasa malas nak tunggu bas, naik Grab jela. Sebab kat sini senang nak dapat Grab. Senang la kalau nak outing ke mall terdekat.
Aku rasa cukupla untuk setakat ni entri hari ni. Sebenarnya banyak lagi yang aku tak explore kat UNIMAS ni. Untuk yang baru pertama kali menjejakkan kaki ke UNIMAS ni mesti korang akan sesat sebab saiz keluasan universiti ni sangat luas. Sebab aku pun sesat jugak dulu masa mula2 menjejakkan kaki kat UNIMAS ni walaupun aku Sarawakian.
See you next time!
Wassalam.
Hi kak, sya nak tanya kalau zaman skrg ni masih ada diberi elaun tak utk pljr asasi? And mcm mana yer dgn yuran? Betul ke yuran blh cut off from elaun? Btw thankyou sbb sudi berkongsi pengalaman and sya pun sarawakian juga hehe
ReplyDeleteTempat cantik.pemandangan xantik.Fakulti cantik. Suma cantik.
ReplyDelete# cantik
Delete